Isnin, Disember 27, 2010

Apa istimewanya cinta pandang pertama?

Anda selalu dengar orang berkata, cinta pandang pertama. Biasa kita dengar ungkapan itu daripada pasangan suami isteri yang bahagia. Ada juga sesuatu pasangan itu apabila ditanyakan bagaimana mereka boleh bertemu dan berkahwin, dengan bangganya mereka berkata inilah berkat cinta pandang pertama.

Apa istimewanya cinta pandang pertama?
 
Berdasarkan kata-kata di atas dapat kita rumuskan bahawa hasil cinta pandang pertama, sesuatu perkahwinan itu akan membawa kebahagiaan. Tetapi tahukah anda mengapa cinta pandang pertama dan bagaimana dikatakan cinta pandang pertama, dan mengapa cinta pandang pertama itu boleh menjadikan sesuatu pasangan bahagia?
 
Di sini saya ingin mengajak remaja termasuk pelajar universiti yang sedang mencari pasangan supaya bersama saya meneliti isu ini dengan penuh minat. Semoga dengan ini anda semua akan boleh mencapai kebahagiaan hasil cinta pandang pertama.
 
Pandang pertama bermaksud, seseorang lelaki atau wanita yang secara kebetulan terserepak dengan pasangan yang belum pernah kenal. Apabila dikatakan cinta pandang pertama, bererti hasil pertemuan yang tidak terancang itu sudah ada bibit cinta antara kedua, rasa cinta mula berputik di hati. Pada pertemuan itu mereka mungkin tidak sempat berkata-kata, tetapi sudah tersimpan dalam hati bahawa “dia sesuai untuk aku.”
 
Hasil pertemuan itu, salah seorang daripadanya akan cuba merisik dengan bertanya-tanya kawan masing-masing kalau-kalau mengenali orang yang dimaskudkan itu. Apakah yang menyebabkan seseorang itu mahu didekati dan dikenali secara lebih dekat?
 
Ya, sudah pasti pada lelaki atau wanita yang dipandang itu terdapat keistimewaan. Mungkin terpancar pada wajahnya akhlak yang baik, mungkin pada tingkah lakunya terserlah kasih sayangnya. Dan mungkin pada rupanya yang manis terserlah hati yang suci.
Bolehlah pandang pertama itu sudah boleh dibuat ukuran? Kenapa tidak? Lazimnya pertemuan pertama tanpa terancang akan terserlah keaslian peribadinya.
 
Maknanya kalau kita jumpa seseorang yang kita belum kenal, kita akan kenal perwatakan asalnya. Jadi, kalau dia seorang yang baik budinya, sepanjang pertemuan itu dia akan menampakkan kebaikannya. Sebaliknya jika dia seorang yang panas baran sebagai contoh, sewaktu pandang pertama itu sudah nampak riaknya, sudah nampak kelibat buruknya. Kalaupun tidak nampak pada awalnya, akan terlihat juga sesekali kemudiannya.
Inilah yang dikatakan cinta pandang pertama. Pandang mata itu biasanya tidak menipu malah orang yang dilihat juga tidak sempat menipu. Apabila hati sudah berkenan tindakan seterusnya perlu disusuli iaitu jalinan secara yang dibenarkan oleh Islam. Selagi mereka tidak mencetuskan dosa, sudah pasti mereka boleh menjadi suami isteri yang bahagia.
 
Memahami maksud di atas, maka pertemuan yang terancang tidak boleh dikategorikan sebagai cinta pandang pertama. Sebagai contoh, perkenalan melalui internet, SMS atau telefon, setelah sekian lama bercinta, tentu mereka merancang pertemuan empat mata. Siapa yang boleh pastikan bahawa pertemuan itu akan menampilkan watak yang tulen? Saya pasti pertemuan terancang itu akan mengundang watak pelakon yang pastinya berlainan daripada asal.
 
Bayangkan jika hasil pertemuan itu mereka berakhir di jinjang pelamin, adakah perkahwinan mereka boleh bahagia? Mungkin dalam kehidupan itu penuh lakonan demi cinta. Kalaupun boleh bahagia, mereka terpaksa berhadapan dengan krisis yang memeritkan.
 
Di sini saya sekali lagi mengajak remaja termasuk pelajar universiti yang sedang mencari pasangan agar mencari cinta, dapatkah cinta pandang pertama. Setelah ada ciri-ciri kebaikan yang dicari, risiklah secara lebih dekat melalui wakil yang jujur. Setelah itu, binalah hubungan secara lebih dekat dengan bertemankan kawan yang amanah. Setelah berpuas hati, mintalah ibu bapa rancang peminangan dan seterusnya perkahwinan.
 
Percayalah kalau kaedah ini dapat diikuti, pasangan itu akan bahagia sehingga ke dalam syurga.


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

betul ke pilihan aku ni....

erm... pening kepala aku memikirkannya....
semalam min mintak tolong aku.... minta k tolong duit plak tu... ish...rm4oo giler!!!!
berani dia mintak tolong aku macam tu.... dia ingat aku ni banker ke apa!!!
tp yer la kan... dia just mintak tolong...
dia kata dia x pat claim lagi, bulan ni lari budget...
tp aku cakap la,aku x dapat nak tolong...
lagipun sekarang hujung bulan then gaji pun tak dapat lagi...
ish3333x
masalah yang ader dalam kepala hotak aku ni bukannyer aku frust x dapat tolong dia,
even dia tunang @ husben aku sekali pun, aku tak kan tolong...
nak bagi duit kat jantan... ish.... berjuta kali aku kene pk!!!
TAPI masalahnyer
org gaji besar daripada aku...leh nak pinjam duit!!!
pangkat kapten gaji banyak ,tak kan tak de simpanan
yela... aku ni pun yang bergaji kecik, boleh simpan duit tuk simpanan masa sesak... tapi dia????
kepala hotak aku mula berpikir... betul  ke aku pilih dia ni...
tetiba macam tak terjamin masa depan aku...
masa dengan fairus x penah lak dia wat  macam ni....
erm...
ya allah tolong la aku, betul ker pilihan aku ni...
harap pangkat jer besor tp x de duit , buat apa????
the second problem is...
brani dia
kiter baru kenal... 2 mingggu even bercinta...it's not da time that he can mintak apa2 with me!!!
ish...
aaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrgggggghhhhhhhhhhhhhhh
sakit kepala aku!!!!


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Selasa, Disember 21, 2010

1+1=1

20.12.2010
termeterai ikatan dua hati... sepakat membawa berkat..
alhamdulillah doa aku d makbulkan allah. dan aku x bertepuk sebelah tangan...
semoga hubungan ini dapat berkekalan hingga akhir hayat...
thanks sayang... terima aku seadanya....
tp sayang cinta kiter baru nak berputik, sayang dah kene posting d putrajaya.tinggal aku kat sini sorang...
sayang... macammana windurrr kiter nanti!!!


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Selasa, Disember 14, 2010

moga berpanjanganla hendaknyerrrr

erm... dah lama tak rasa camni....
hati berbunga2 jiwa meronta2 kepala teringat2 mata terbayang2 bibir tersebut2....
inikah cinta!!!! wargh!! lagi mau tanya...
aku berdoa sangat pada Allah moga ini cinta terakhir aku dan kekal sampai akhir nyawaku ini...
kalo mmg dia jodoh aku Ya Allah...
bukakan hatinya untuk ku
hatiku untuknya
jadikan dia pembimbing aku yang terbaik dalam hidupku
biar dia menjadi tempat teduhku, pautan hidupku,
di kala susah dan senang!!!
argh!!! x boleh d gambarkan dengan kata2.


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Jumaat, Disember 10, 2010

jawapannya sungguh mengharukan....




baca pun korang tau la... menyampah...


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Selasa, November 30, 2010

tolak

penyelesaian dari kes gantirugi....
gajiku di tolak rm100 sebulan...
erm... gaji dah ciput... kene tolak pulak...
"sabarla ez"


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Jumaat, November 26, 2010

SIAL PUNYA BOS...

huhuhuhu itula yang aku boleh gambarkan di saat sekarang....sakitnyer ati aku tak terkata rasanya....
kerja salah... aku di salahkan.... suspect utama... sebagai hukuman kene ganti barang berharga RM 500 .giler ko...? gaji ppun 800 nak bayar 500 agak2 la kalo mintak ganti rugi pun... sial punya bossss.... gamapang @#$%^&*(@#$%^&*)
wwwwwwwwaaaaaaaaa


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Khamis, November 18, 2010

18 nov 2010 = 26

apa ada pada nombor? huhuhuhuhu
arini besday aku yang ke 26. erm... tq kawan2 yang telah mendoakan aku panjang umur n d murahkan rezeki.semoga doa kalian d makbulkan allah... aku pun berharap begitula yang berlaku d dalam hidupku...
tercapailah hendaknya....
tapi masih ader sorang yang tak wish kat aku...tp lantakla ko wish ke tak,ko ader ke ko x der samer je..
.raya pun x de wish kat aku... apa sebenarnya yang berlaku pun tak tau la..yang jelas antara kiter sudah tiada apa lagi..
aku beli kek tuk dak opis... terbalik ek...org sepatutnye org belanja...tp ni..kene beli sendri pulak... tak pe la...aku mmg dah niat nak bagi dorang makan kek... ye la... tinggal baper bulan je lagi aku ada kat sini...
mungkin ni kenangan terkhir utk kami...



sedap kek ni, rasa coffee... puas hati... balik nanti nak beli kek perisa kiwi tuk mak abah n adik.....jumpa lagi befday aku tahun depan....


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Isnin, November 15, 2010

assalamualaikum

assalamualaikum...permulaan minggu baru d hari isnin...
welll banyak bende yang berlaku pada minggu lepas
satu
minggu yang banyak kene marah ngan bosssss...
coz banyk keje salah...meeting bagan kene bebel....
tp padan muker...saper suh wat salah... ye x?

dua
kucing kesayanganku mati...ireng..
mati di gigit kucing jantan yang zalim lagi jahat....
sian sangat... mata aku terbayang2 mukernyer yang manja...
bila kiter pegang lembik ajerkk..
aritu mak mandikan sumer tp dia tak de...nyorok.
pastu petang masa aku balik keje tu... ader lagi...
dia lembik ajer mengasingkan diri daripada adik beradiknye...
malam tu panggil makan pun dia tak datang....
pangiil panggil lagi tak de...
abah tengok dalam tempat enjin..pun x de...
pagi sabtu tu mak pegi cari kat luar.... 
cari2 ader bangkai dia kat tepi longkang besar kat rumah orang putih tu...
huhuhhuhuuhuhuhuu....
menitik gak air mata aku pagi tuy...
sedihnyerrr...
aku sayanng dia
malam tu aku fobia... 
sepanjang malam aku berjaga kat luar takut kucing jantan datang lagi
sob...sob...sob..sob...

tiga 
dapat jawab exam MTesT kat smk air putih.13 nov 2010
jumpa ramai kawan kat U.cthnyer, su,azi,yati,zura,hasanah 
jawab exam pun rasa tenang aje... cam senang pun ader jugak...
errrmmm... entahla... ader rezeki ke tak kali ni. yerkkk?

empat
sambut birhtday adnan... 8 november 2010
x de beli kek pun kat dier... tak de duit...
tp mak belanja kfc kat ...best la melantak 
huhuhuhuhu

sekian brita kali ni... jumpa lagi...


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Jumaat, November 12, 2010

jahat! jahat! jahat! kau mmg kejam

mood aku marah sangat
sebab 105 min d opis d bekukan...atas sebab para pekerja mengambil kesempatan....kesempatan apa nyer!!!!
dah mmg kami wajib dapat apa!!! ko mmg %&*^#$@% la.... aku x tau dah berapa bnyak dosa aku ngutuk ko.... tapi aku rase ko mmg wajib dapat kutukan2 tersebut.
mood aku lagi 1 memang tak tau nak d bayangkan sebb mmg salah aku...huhuhu
lain kali buat namecard saiz A3...ingat saiz A3 A3 A3 A3 A3 A3 A3 A3 A3 BERAPA KALI MAU INGAT DAH!!!!!


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Selasa, November 09, 2010

pening.... pening

adush...pening nyer kepala aku ni... dah baper ari dah ni...
rasa cam berdenyut2 kat mata ni...agaknyer nak rabun kot...x kan kot!!!
kadang2 rasa cam nak melayang... nak mati kot... huhuhuuhu...
amalan tak cukup lagi ni...camner?
keje kat opis pulak tengah banyak.... time2 sakit ni la banyak keje...
aku dapat Mtest  KPLI... sabtu ni jawab exam... uishh... dah 4 kali jawab exam ni,x penah2 sangkut... penatla macam ni....

bila agaknyer aku boleh berjaya masuk KPLI ni...ntah le..mmg x layak kot!!


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Isnin, November 08, 2010

sepoi pagi monday

kene dah!!!
dah agak dah mesti kene punyer... begini ceritanya...
hari sabtu ritu aku jual catridge yang ader kat opis ni.. ader rm35.pastu aku suh naim beli nasi minyak kat padang lalang..org kata sedap (mmg sedap pun...kari dia pergh!!!) dapat2 nasi tu kak izan ngan k.niza makan.aku pun rasa nak makan jugak tapi cam takut.jam dinding menunjukkan kol 8.30.maca tak selamat jerk ni kalo makan...aku cakap kat k.no. aku pun amik nasi aku,masuk bilik aku... ah!! x tahan la bau dier sedapnyerrr... aku pun makan di sebalik printer EPSON yang besor ni... nak d jadikan cerita, pah bedah datang...WAH!!! kelam kabut memasing menyelamatkan nasi yang tak abis... huhuhu cekik gak aku.... dia pun sound!! KOL baper ngan minum lagi ni???.... masing2 senyap... then dia pun muler la... dah call customer... dapat sale... bla...bla...bla... kerani d panggil masuk bilik... aku pun kene jugak da.... tiada pengecualian... kenala... pagi ini...
ten ten ten ten.... sepoi monday aku!!!


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Rabu, November 03, 2010

iiiissshhhh.... x suker la...

iiiissshhhh.... aku x suker la... sibuk la tepi kain orang...sumer orang nak gtau... perli2 nganjing2.. aku benci org macam ni... mulut setan...jahat! jahat! jahat... aku benci la... bilala aku boleh cow dari tempat ni? benci! benci! sibuk hal orang tu ngapaer? aku nak buat tu pun bukannyer aku guner duit ko... bukannyer susahkan ko pung...lantak aku ler... eeee... kalo x mengenangkan die org tua,dah lama aku tumbuk muke dia,pastu aku amik gunting,aku robek2 mulut dier...hahahahaha!!! aku ni betul2 hipokrit keje kat sini... sebab tulah ALLAH SWT berikan kiter sifat sabar kan? dugaan dengan org yang sekeliling nya... kuatkanlah aku menghadapi sisa sisa kehidupan aku d tempat kerja ini!!!

**http://suluk.blogsome.com/2005/05/04/sabar-adalah-gerbang-segala-kebaikan/


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Isnin, November 01, 2010

hari baru + bulan baru lagi

1.11.2010 sudah sekejap aje masa berlalu, rasa macam semalam je tahun baru 2010. sekejap sangatttttttttt... rasa macam x sempat aku buat sebarang perubahaan. memang x de apa2 pun yang berubah aku ni!! susahnyeeee.... cari keje susah,cari pakwe pun susah, cari partime pun susah...sumeeerrr susash...apa nak jadi ngan aku ni? bosan dah... kadang2 malu jugak ngan kawan2 yang keje best tu... naper aku ni susah sangat nak lekat ... pegi interview banyak... kalau d kira duit tu...uissshhh boleh beli kete sebijik... belom rezeki.. itula... aku nak muak+ menyampah ngan pekataan ni... tp apa nak buat!!! hidup harus d teruskan walau sesusah seperit mana pun,ranjau ini kene d teruskan jua... mungkin ada sinar sang suria yang menyinari seluruh hidupku ini...ameen yarabballalamin...


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Sabtu, Oktober 30, 2010

ada lagi jodoh ko ngan aku

semalam aku duk kira duit dalam purse (dah dah tinggal beberapa keping kertas merah dan biru tu) aku kira2 naper duit aku kurang???? then kurang rm 5o la... mana pegi? (dengan pening aku memnigingat balik apa yang aku dah soping) aku punggah purse aku yang kecik tu... abis yang selit dan x terselit aku kuarkan... MEMANG BENAR!! duit aku x cukup!!! then aku pun buat dono je la... dah duit ilang...bukan boleh dapat balik...
tadi aku potong lebihan buku kat meja aku yang dekat opis ni... pastu jatuh la perca2 kertas... kat lantai ...mulanya aku rasa cam nak wat dono,tp kotor pulak... aku pun tunduk membersihkannya... pastu ader kertas asing... dalam hati kertas apa pulak,lipat2 aku pun amik dalam samar2 gelap tu la... YA ALLAH duit aku yang ilang tu... apa lagi senyuman yang paling lebar aku berikan pada duit tu... alhamdullillah... ada lagi jodoh ko ngan aku.... selamat la...lepas ni boleh la aku membelanjakan ko ye...!!!!!
yabedabedu!!!!!!


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

cinta bersulam dusta!!!


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Khamis, Oktober 28, 2010

tinggal sayang tinggal pujaan

dua tiga hari ni, suka sangat dengar lagu ni...
mungkin berkait dengan diri ni...
huahuahuahua..... :( sob..sob...sob...

Kenangan yang lama menjelma
Ingatanku padamu menyala-nyala
Gambaran duka yang lara menerpa
Oh mengapa kau utuskan sengsara
Kau biarkan diriku meronta-ronta
Lantas kau alihkan cintamu padanya

Ooo sebak rasa ku menahan derita
Pilu hati mengenangkan cinta yang kecundang
Ooo sayang inikah balasanmu terhadapku
Seorang insan yang amat menyintai dirimu
Kering airmata
Kesal tetap nyata
Jernih air di muara
Luka tetap ada
Ternyata kau insan yang tak setia
Pengorbananku selama ini tak berharga

Kering airmata
Kesal tetap nyata
Jernih air di muara
Luka tetap ada
Ternyata kau insan yang tak setia
Pengorbananku selama ini tak berharga

Kenangan yang lama ku tinggalkan
Tiada guna mengungkit kisah yang lama
Kelak nanti meracun hidupku
Tinggal sayang
Tinggallah pujaan


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Rabu, Oktober 27, 2010

sabar la hati


makin lama makin bosan ngan hidup aku ni....(macam org putus asa je ek?)
x la aku bukan putus asa, aku masih berusaha walaupun aku tak tau bila hasilnya akan tiba.


aku bosan ngan keje aku, aku bosan dengan office aku... aku buat keje yang sama aje tetiap hari..masuk kul 8 balik kol 5.rehat pagi jam 10.00 rehat tengahari jam 1 tghari.sepanjang bekerja asyik dengar keluhan org aje... bende yang sama tetiap hari..no motivation langsung... perghhh!!!kerja salah kene marah, untung besar senyap2 je.... apa yang aku dapat mengabdikan diri pada company ni??????
aku inginkan hidup yang hebat!! ada cabaran, pesaing, rintangan.. baru syok!! baru hidup yang adventure nama nyer.....boleh travel ke mana2...ada function, ada party...perghhh baru best...ini... biasa-biasa aje bak kata adlin ramli dalam af 8 kak na kata. setiap hari2 aku berada d sini, mendatar saja perjalanan hidupku...

cintaku x kesampaian... kekasihku membisu tanpa kata ...apa pengakhiran hubungan kita ni???
sampaikah ke hajat yang diingini.... aku dah berhenti berharap pada ko... mintak maap. tiada apa yang ader antara kiter lagi... tp aku nak tau jugak kenapa ko wat aku macam ni? apa salah aku?
 kalo ko ader org lain, bagitau aku...sekurang2nye terluker jugak hati aku ni...dengan bersebab yang pasti...ini tak hati aku terluka dengan tak bersebab...kesetiaan ku yang tak berbalas...aku tau ini mmg bodoh ...tp???? memang bodoh


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

25.10.2010

25 tu befday mak...
tp d sebab kan cuti am semperna befday sultan pahang, kami (aku + adnan) buat x tau je la...wish pun tak... mak pun senyap aje... 26.10.2010 balik kerja aku pun beli kek tuk mak... share duit ngan iman(maklumla hujung2 bulan ni kering jugak) iman amik dari motor aku terus letak depan mak.... mak pun tersenyum... oh! tak sangka la anak2 mak belikan kek.. lewat sehari pulak tu... sambil tersenyum lebar....kuikuikuikuikui

pastu mak kata terima kasih la anak2 mak..wat suprise ni.. mak doakan korang murah rezeki dan dapat jaga mak yang tua ni nanti... insyaallah...kata aku dalam hati sambil air mata bergenang!
selamat ulang tahun 51 tahun mak!!


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Isnin, Oktober 04, 2010

sekejap aje masa berlalu

aku rasa cam baru je update blog ni...tgk2 ruper dah 2 bulan tak update...
dah habis ramadhan sebulan, syawal pun tinggal beberapa hari je nak habis..
raya baru ni macam biasa balik kg d perak...erm...sumer ada..seronok!!!
tapi aku tetap macamni jugak... bila nak berubah yek

One happy family @ home

 anak-anak sedara

 hek.. hek.. hek...

 with cu... kombangnyer hidung mokcik!!!

 wah!!! ramainyerrr

 cu n anakandanya.... yang perasan lawo
ahaksss

 wit nendaku



adik bradik mak
mak + acik + cu


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Isnin, Julai 05, 2010

tetibe rasa rindu...

tetiber rasa rindu...
rindu kat budak2 kecik kat kampung la....
manja,aina,umeyah...
waaa...
aku dah rindu budak2 kecik ni... apakah tanda?
hehehe brangan la...


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

CHECKLIST BAJET PERKAHWINAN PENGANTIN PEREMPUAN

pelamin anganku d awangan lagi!!!

Seperti pengantin lelaki, pengantin perempuan juga perlu berhati – hati dalam membuat persiapan perkahwinan terutamanya dari segi kewangan. Perbelanjaan yang berlebihan akan mengakibatkan penyesalan di kemudian hari. Justeru, gunakan senarai semak dibawah bagi memastikan anda dapat mengawal bajet perkahwinan anda dengan bijak!!

BIL PERKARA BAJET (RM)

1 Yuran kursus pra perkahwinan
2 Cincin tunang
3 Cincin kahwin
4 Barang kemas
5 Wang mas kahwin
6 Wang upah kadi
7 Kad jemputan kahwin
8 Setem untuk pos kad jemputan
9 Wang hantaran
10 Sirih junjung
11 Kain ela
12 Baju kurung
13 Telekung & Sejadah
14 Senaskah Al – Quran
15 Beg tangan
16 Kasut
17 Jam tangan
18 Set penjagaan badan
19 Set alat solek
20 Kek
21 Buah-buahan
22 Coklat
23 Potpurri
24 Gubahan barang hantaran termasuk upah
25 Hiasan bilik tidur
26 Pelamin
27 Bunga telur
28 Bunga pahar
29 Gambar & upah jurugambar
30 Sewa kanopy termasuk alas meja dan upah pekerja
31 Set meja pengantin termasuk alas meja dan bunga
32 Set makan beradap
33 Penanggah
34 Katering
35 Upah kumpulan kompang
36 Upah DJ
37 Kos perjalanan rombongan pergi dan balik
38 Kos tempat penginapan
39 Cenderahati untuk saudara dan sahabat
40 Upah juruandam

Jumlah keseluruhan : RM ___________________

banyaknyer barang ?
bior benor...


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Jumaat, Julai 02, 2010

moral of da story ?

Assalammualaikum Ezra

Apa khabar? Semoga Ezra berada di dalam keadaan yang sihat dan gembira. Kekasih hati apa khabar?.. sihat? :-)
Takde kekasih? isk!isk!.. takkan takde.... tak caya la.... :)

Takperla.. kalo takde... insyallah esok lusa adalah nanti.. orang kata, kalau dah jodoh tak kemana... tapi kalo dah ada.. jagalah baik2.. jangan sampai di kebas orang.. kalau tak nak dikebas orang.. percepatkanlah ijab & kabul tu... insyalah bahagia hingga ke akhir hayat.. :)

Tak bersedia?.. kenapa?... tak cukup duit?...

Duit sebenarnya bukan satu masalah besar... kalau tak percaya... boleh dapatkan buku "Maskahwin Yang Hilang" di www.maskahwin.com

Kalau tak silap, Ezra dah dapatkan sample buku tu beberapa hari yang lepas kan?. Harap, Ezra gembira dan seronok membacanya.

Jika anda masih belum mendapatkan sample tersebut, anda boleh muat turun sample tersebut di URL berikut : http://www.maskahwin.com/sample.pdf

Okla... sebenarnya, tujuan saya mengirimkan email ini adalah untuk berkongsi dengan Ezra tentang tips2 serta ilmu2 mengenai alam rumahtangga. Maklumlah... tak lama lagi nak berumahtangga kan? So.. kenalah belajar skit2 dari sekarang...

Oklah, untuk kali ini, saya nak kongsi dengan Ezra satu cerita. Harap Ezra sudi membacanya.

==============

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?
pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...
maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......

tamat....

==============
Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Khamis, Julai 01, 2010

kekasih awal dan akhir

Kekasih Awal Dan Akhir

Malam menanti siang
Siang menanti malam
Bagai berkurun lamanya
Masa memisahkan kita
Hingga terlupa
Pada paras lupa
Malam mencari mimpi
Siang mencari erti
Tersingkap seribu makna
Terucap seribu kata
Terlepaslah... rahsia
( korus )
Sekian lama terpisah
Akhirnya bertemu
Mengenang dosa
Mengenang rindu
Dan ternyatalah
Cintaku yang satu...
oh oh...
Kau kekasih awal dan akhir
Kau kekasih zahir dan batin
Setelah ku sedari
Cintamu yang abadi
Takku harap takku peduli
Walau bulan jatuh kebumi
Dan hadir bidadari
Tak kumimpikan lagi
Kerana kau lebih mengerti
( ulang korus hingga akhir)
Kerana kau lebih mengerti

kenapa la fairos omar tu suka sangat lagu ni...
bila aku hayati lagi rupernyer ada persamaan...
ade ke?
yakin ker aku yang awal dan terakhir?


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Selasa, Jun 29, 2010

ku ada kamu

Lirik Lagu Ku Ada Kamu - Adira AF8

Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,
Kau suluhkan sinar petunjuk,
Di kala ku kesedihan,
kau ukirkan senyuman,
Dengan penuh sabar memujuk,
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.
Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.
Di kala aku tak pasti,
Kau tampil dengan berani,
Membimbing agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kau berikan jawapan,
Melengkap semua kekurangan...
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh,
Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.
Tidak mungkin diri ini mampu,
Hidup tanpa doronganmu,
Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Isnin, Jun 28, 2010

pagi tadi lalu kat jalan besar, macam biasela aku pecut...pastu moto depan aku ni pun bukan main laju dia bawak, tetiber berhenti plak tetiber sakit nyer ati,aku pun brek la sekuat hati sampai kude aku pun dah senget kaki nyer...org depan leh slambernyer membelok ke kanan masuk parking... taik btoi bukan nak bagi signal...pehg...naseb baik blakang tak de kete... aku pun jangan dengan hati yang berdebar...kalo kene bontot dia tadi,teruk gak aku.....
sampai opis, org2 luar tu macam do no je kat aku!!
aku buat apa? lantakla...aku pun masuk bilik aku tak kuar2...pastu rasa sunyi aje.. naper? kak izan tak mengeluarkan suarenyer? senyap ajer... selalunye dia paling riuh bercerita....
kenapa ?~@*##


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Sabtu, Jun 26, 2010

belooomm jodoh lagiii...

pagi tadi masa tengah siap2 nak pegi keje,mak panggil
mak : kak  o kak
aku  : apa?
mak : meh le sini aku nak cakap jap...
aku  : cakap je lah...
mak : meh le sini aku nak cakap kang tak dengar...
aku dengan muker nyer keluar dari bilik...
mak : aku dah tanyakan cik fiza,pasal tu... yang ko suh tanya tu...
aku  : tanya apa?
mak : ala... mimpi ko tu,cik fiza cakap tu maknenyer blom jodoh lagi...blom sampai masa aku patut kawen..
         org dah nak tapi hati ko tu berbelah bagi...ala sampai jodoh nanti adalah...
aku : dengan muker tonyer pegi masuk jamban melepaskan hajat...sambil fikiran menerawang....

mimpi apa tu??? ha!! mesti tertanya2 kan?
kui kui kui
biarlah aku n mak saja yang tau....


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Jumaat, Jun 25, 2010

penatnyer telinga

penat la telinga aku arini...pagi2 dah dihidangkan dengan bunyi-bunyian keluhan rumah tangga.... apala akak2 ni besela...dah anak ramai tanggung la...kalo dah tau susah naper dulu2 buat anak ramai2. itukan dugaan ...setiap yang alllah beri pasti akan cukup.janganlah banyak mengeluh.. hadapi hidup ini dengan tabah... kalo susah doa kat allah supaya permudahkan... ni tak cakap,suare tu dah la cam speaker...ceriter la jugak selagi boleh....anak baru setengah dozen bisingnyer ngalahkan aper... kalo anak 12 camner???
org dulu2 anak ramai ok je...steady..leh makan leh pakai leh gak blajar jauh sampai oversea... bosan aku dengar...bende yang samer...laki dah bagi duit ngeluh,laki tak bagi duit pun ngeluh,laki tak layan pun ngeluh, laki itu laki ini laki sana laki sinun aaaarrrrrrrrrrgggghhh... sakit...kalo gini korang tak yah de laki la...hahahahaha macam aku ni ha,tak de apa nak ngeluh kan... cumer nyela sunyi pulak...kah kah kah kah


Hadapi dengan senyuman

Semua yang terjadi
Biar terjadi .
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja
Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah .
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah
Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Rabu, Jun 23, 2010

sejuk ajer....

saya sangat suka suka suka sukakan gambar ini... sejuk ajer maklumlah sedang mengaji. bukak al-quran kadang2.tu la... terok nyer aku...

ANDAI KU TAHU...

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Jumaat, Jun 18, 2010

jangan...


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Rabu, Jun 16, 2010

saya suka sangat lagu ini...

lagu untuk kekasih hatiku

Andainya aku bertanya
Padamu tentang bahagia

Di mana nilai setia
Di manakah puncak cinta

Mahukah engkau mengerti
Harapan serupa mimpi
Ianya dapat terjadi
Atau hilang tak berganti

Sejarah mengajar kita
Menjadi lebih dewasa
Meniti arus angkara
Lupakan kisah yang lalu
Teguhkan tugu imanmu
Doaku buat kekasih

Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih


Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

alhamdulillah sumenyer berjalan lancar

penatnyer...
sampai demam2 aku d buatnyer... ni majlis org kalo majlis aku mau tak bangun dua tiga hari...
aku kalo majlis2 kawen ni yang tak tahan skaliorg mesti akan tanya, ko biler lagi? kuikuikui

pakwan tanya aku : ko bila lagi win?
aku jawap             : tunggu la nanti, tahun depan ke...
pakwan tanya lagi  : jangan lambat2, takut pakwan tak sempat..
aku                        : ?????

ciklin tanya aku : win, "kawan" ko tu org mana?
aku jawap         : kawan? kawan apa?
ciklin jawap       : erm buat tak tau pulak
aku                   : tersengih2

ada makcik yang datang rewang tu,
makcik : win, agak2nyer ko tahun depan yer win
aku      : tersengih2 sambil menadah tangan ... amin

perh.... banyakla pertanyaan2 sebegitu ruper,aku hanya mampu tersenyum dan tersengih
luperkanlah... crita itu, bila dah sampai masanya...pasti akan ada...


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih


ada x secret admire nak hadiahkan aku sejambak bunga ros merah begini?


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Jumaat, Jun 11, 2010

kenapa begini?

cinta menjadikan aku

bodoh?
memperbodohkan?
diperbodohkan?
tersangat bodoh?

mengapa?
yang menjadikan aku  begini...
tolong jelaskan...


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Khamis, Jun 10, 2010

menumpang kegembiraan.. semoga mereka bahagia

bahagia?
apa yang d maksudkan dengan bahagia?
adakah ia boleh d buat seperti origami? d adun seperti buat donat?  d gubah seperti gubah bunga?
d bina seperti buat rumah? d reka seperti reka baju pengantin? d alir seperti air sungai mengalir?
apa aku dah mengarut ni??
so esok aku start cuti menyibukkan diri d majlis perkahwinan faridah & dz... hahaha aku jadi org kuat memakaikan inai, berkhatam al-quran...huh... jangan x percaya nanti ada pulak org tergoda mendengar kelunakan  aku mengalunkan ayat2 al-quran ayat suci ALLAH. kuikuikuikui.. insyaallah...
pasti sumernyer berjalan dengan lancar...
dan yang pasti aku juga nak menyibukkan diri menempelkan diri bergambar...huhuhu


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Rabu, Jun 09, 2010

sudikah kau

sudikah kau jadi teman hidupku?
sudikah kau menjadi menantu bagi keluargaku?
sudikah kau menjadi temanku, dunia dan akhirat?

ala so touching... aku dapat ni dalam artikel tentang perkahwina aida gadis melayu with her husband dalam mega... husband dia melamar dia dengan cara macam tu...uuuu i like it!!
agaknyer bila ada orgnak melamar aku dengan cara cam ni ek?
:)


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Isnin, Jun 07, 2010

aku orang november

NOVEMBER

Banyak idea dalam perkara
Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
Berfikiran kehadapan
Berfikiran unik dan bijak
Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
Pemikiran yang tajam
Daya firasat yang sangat halus dan tinggi
Bagus untuk jadi doktor
Cermat dan teliti Personality dinamik
Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran
Terlalu degil dan keras hati apabila hendak.
Diusahakan sehingga berjaya
Tak suka marah kecuali digugat
Mudah ambil berat terhadap orang lain
Pandai muhasabah diri
Cara berfikir lain dari orang lain
Otak yang sangat tajam
Pandai mendorong diri sendiri
Tidak hargai pujian
Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
Badan yang "tough" (sasa)
Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
Romantik
Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
Suka duduk di rumah
Sangat rajin dan berkemampuan tinggi
Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia
Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
Bercita-cita tinggi
Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Ahad, Jun 06, 2010

hey ladies

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis
Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
Kalau patah hati siapa mau nolong
Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi
Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur
Hey ladies sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati dan juga rugi waktu
Bila dia merayumu ingat semuanya bohong

betoi cakap cik rossa
bila dah kene batang idung sendri baru la padan muka aku...
buat ke sekian kalinya...
sedarlah ezra..
kadang2 aku rasa d bodohkan.. aku pelik... kata couple bercinta la konon but y.. he's not like other guys which romantice, take care, n another.. aku rasa dia ni ego, selfish, berlagak, dan sewaktu dengannya... kadang2 aku rasa tak tahan sangat stress n frusst sangat tp kenapa .....??? inikah d namakan cinta???
peh!! aku rasa ni bukan cinta...ini nak seksa hati aku yg tulus suci murni ni... tapi bila aku pk balik, kalau dia tak serious kenapa dia bawa aku jumpa parentnya.aku tanya banyak org2 yg berpengalaman, dan jawapan diaorg sama kata kalo dah bawa jumpa parent, of coursela dia nak serious to take me as his wife n life together until died.. btoi ke?
mmgla kiter ada wat rancangan to married, dia ajak kawen awal tahun depan,alamak awalnye, masa tu abah baru abis pencen.. then kiterpun cibuk2 nak kemas rumah,mana sempat so i suggest that we married after hari rayaa aidilfitri..then dia terus senyap sampai arini.
so? what should i do now?
aku tak rasa macam bercinta pun... xde feeling langsung...
kepada sayangku sekiranya u rajinla baca blog i ni kan... i mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki,bukan maksud i nak lukakan hati u,tp i cuma nak luahkan prasaan yang terbuku di dalam hati...rasanya kalo hati i ni boleh d bedah pastinya ia membengkak menahan perasaa. macam yang i slalu cakap, kalau u rasa u ada jumpa n berkenan ngan perempuan lain,i dengan rela hati mengizinkan u menikahi perempuan tersebut.tunggu i pun blom tentu lagi... dari sudut hati yang terpencil ni pun,i tak rasa kiter dapat hidup bersama...
hati i terluka. kalo u yakin ngan prasaan u tanpa prasangka, u ubati balik hati i ni then i akan cuba bercinta semula........ then kiter akhiri dengan kisah cinta ini, dengan ikatan yang sah hingga hujung nyawa...


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Sabtu, Jun 05, 2010

2010 version

assalamualaikum...
huh... kiranya dah bertahun jugak aku tak menjengah blog ni.. tak ingat dah pun,tp bila tengok blog imah...eh, baru aku teringat aku pun ada blog,so belek2 dapat jugak buka blog aku ni... so nanti kalo aku rajin aku up date la...kui..kui...
dah 2 tahun berlalu, macam2 yang berlaku, tapi rasenye macam banyak yang sedey la... as a human, kiter ni mmg x pernah puas apa yang kita dah dapat...xtually bukan tak puas tapi kiter nak kan penambahbaikkan dalam hidup... so far, walaupun hidup aku tak seteruk yang d sangka, tak seindah yang hendak dicapai, tapi ku tetap syukur ke hadrat illahi kerana-Nya hidupku sesempurna hari ini... ada kerja yang hebat walaupun pada dasarnya kalo dikaji secara mendalam tak hebat mana,hehehe tapi bersyukur : ALHAMDULLILLAH
diam2 dah 2 taun aku kekal d opis yang penuh dengan gosip,sumpah seranah,penganiayaan, pendengkian,umpat keji... tapi hilai tawa,kegembiraan, tidak dilupakan... lumrah hidup,manusia rambut sama hitam hati lain2,tp sekarang rambut org dah banyak warna.. isi hati masing2.bila aku pk balik2 aku selalu marah2 kat supervisor,dia pun slalu gak marah aku,(dah buat keje x betol mestila org marah,kan?...apa da!!) aku pun marah la dorang balik,tapi bila aku duk diam2 aku munasabah diri,sebenarnya.. supervisor aku tu la yang slalu backup keje aku yang salah tu..past tu aku pun rasa bersalah la...mintak maap la..pok ding,aku akui aku buat keje cincai aje..trima kasih slalu backup keje saya...huhuhu wawawawawa semua ini akan menjadi pengajaran hidupku. INGAT!!! sebelum buat sesuatu kerja, study!!! study!!! study!!.apa? bgaimana? bahan? ukuran? saiz?.warna? color guide mana? dan semua tentang itu... terima kasih mengajar saya yang tak tau apa2 sampai dah tau sumernyer...
akak2 pun tak kurang hebatnye, mengjar aku realiti hidup sebenar... dari bujang hingga kawen hingga dapat anak hingga yang nak dapat menantu... peh!! prefect ajaran korang... walla..
tak payah aku susah2 cari buku panduan hidup kat pustaka saujana ke,darul ansar ke,popular ke, mmg lengkap pakej yang aku dapat sepanjang kerje d sini... kui..kui..kui..


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih