Sabtu, November 30, 2013

Orang kawen

Aish sekejap aje masaberlalu.dah 2 minggu pun berlalu cuti sekolah. Ini laa musim kawen.ramai anak dara dan teruna berebut2 nak menamatkan zaman bujang.aku nak jugak.tp jodoh x bertemu lagi.aiiii bila la aku ni nak kawen.. boleh? Aku nak kawen jugak.hehehehe gatainye... arini rumah ciklimah seberang jalan tu.esoknrumah mak ngah toye plak...

Bila agaknyeee time aku ni yek♡.?









Menunggu la lagi..




Xoxo


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Ahad, November 10, 2013

befday adnan

 
 
 it's iman birthday.
sorryla korang kek terbalik pulak.
malas nak upload lagi, line pun x bagus.


 
nampak kek.barula ceria sikit muka budak ni.
ada org ingat befday dia.
 
itu kek black forest.aku beli d sunlight.
\x sedap pun.aku rasa kek mak aritu lagi sedap.
x de rasa pun.
kalau d perhatikan elok2 kek tu cacat sikit. hahaha
sebab aku kan penunggang tegar.
x pat wat pepe.
 
tahun 20 tahun budak ni.
 
tengok dia letak dalam fb
 
 
 
 
 
yuhu
 
 
xoxo


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Rabu, Oktober 30, 2013

sorotan semalam

 
 
sorotan cerita semalam
 
cerita satu
dukacita d maklumkam:
anak kucing yang aku selamatkan sudah kembali kepada Allah pagi tadi.
matinye kat klinik.
doktor cakap ia mengalami luka dalaman yang teruk sebab ia x kencing sepanjang tinggal d klinik.
aku frust jugak,tp yelah.kalau dia hidup pun x tau macamana keadaan dia.
abah bawak balik tanam kat tanah perkuburan biasa(mana lagi,tanah sebelah rumahla,tempat yang dah banyak kucing2 kami mati kami tanam kat situ.hehe)
dan kucing tu x sempat operate pun.
aku rasa mungkin dia kehilangan tenaga yang banyak memandangkan ia sentiasa meronta2.


cerita dua
dah tau dah kan solutioon dia.

so sila bayar bila dah dapat gaji

cerita tiga
bateri hp aku dijangka sampai esok.

uk alah kata x de stok.
aku sound semalam trus ada stok plak ek...


cerita empat
tv rosak?
abah siap panggil org pasang arial baru dengan kos rm200.00
sila terkejut.
kami memang x sayang duit!!!




sekian.



xoxo


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Selasa, Oktober 29, 2013

sebal!!!

 
ish...gatal nye biji mata niiiiiiiiiiiiiiii....
rasa nak korek cuci je.hidung dah berhingus ni lg gatalmernyam..
mata pun dah mula berair akibat kegatalannye.
 kepallapun ting tong...
hah!
dah lama x rasa demam.
ni nak jadi la ni...

sebenarnye aku ada cite.. menyedihkan tentang sikap manusia.
tp aku x de mood nak menceritakan cerita tersebut sebab aku akan sakit hati.
d sini aku ada empat sebab sakit hati.

tapi...


aku ceritakanla jugak walaupun aku sakit hati.

cerita pertama
semalam seperti hari2 biasa aku balik rumah masa rehat.
so lalu kat tempat selalu aku lalu tu(kedai kopi berderet)
aku nampak seekor anak kucing mengiau2 di kaki seorg lelaki binatang.
sebab apa aku cakap binatang?
sebab dia memang !#$@$%^^&^
aku asyik menyumpah dalam hati.betapa sakitnya hati aku melihat binatang itu.

mula2 aku tengok kucing tu mengejar lelaki tu sambil ngiau ngiau
lelaki tu lari2 dari kucing tu..
aku tengok dah bengan..
aku jerit la
weh amik la kucing tu!!
dia lari2 lagi(kalaula aku boleh tunjuk macam mana lelaki binatang tu lari kat korang,korang pun mesti sakit hati)

aku jerit lagi.
weh amik la kucing tu,alih dari sini.
lelaki %%^^& tu masih lari2
then aku nampak kat kaki kucing berdarah
 
ya allah! kucing tu kene langgar
aku cakap dalam hati
 
masih dalam situasi yang sama
aku jerit lagi
weh amik kucing tu bak sini
 
 
lelaki tu tunduk cam nak amik kucing tu kemudian lepasakan kembali 
bereaksi yang sama macam tadi
 
dalam hati aku cakap 
bodoh punya jantan
aku pun tengok kiri kanan parking motor aku kat tepi
 
lelaki tu masih bereaksi yang sama 
akuturun then amik kucing tu
serentak aku amik kucing tu 
lelaki bangang tu cakap
 
kucing ni garang x boleh nnak pegang.
 
masyaallah,korang boleh bayangkan macam mana x? kucing tu baru usia 2bulan(anggaran aku sebab kucing ni lebih kurang anak BU je besarnya) cube korang bayangkan besar mana anak kucing tu.
 
masa aku angkat kaki belakang belah kiri kucing tu dah terkulai.
kesian sangat.
aku pun amik masuk bakul moto bawa balik.
masa dalam bakul dia meronta2.mungkin takut tambahan sakit.
aku belai2 sambil cakap duk diam2 nanti sampai rumah kita buh ubat.
kebetulandalam bakul aku ada baju hujan,sebab pagi aku p kerja hujan.
kuning tu nyorok dalam baju hujan tu.

sampai rumah aku masukkan dalam kandang.
dia meronta2 x duk diam langsung.
korang bayangkan dengan kaki terkulai meronta2 memang sakit kucing tu menanggung.
aku tengok kaki dia x berdarah tp darah keluar dari dubur dia,mungkin kecederaan dalam.
ntah.aku x tau apa yang langgar kucing tu.
 
aku suh abah tengokkan.
abah cakap kaki dia patah ni.x pela nanti bawa p klinik.
abah suh bagi susu pekat2.
aku buatla..ia minum banyak jugak.haus lapar kan?
 
mak tanya...
anak kucing sape ni?
mana ko kutip?
 
aku pun cerita kan hal itu.
mak kata ya allah,sakitnye ko menangung sakit ni tot.
duk la diam2,ko tu sakit,nanti penat(tp kucing tetap meronta2)
kalau korang tengok kicung tu meronta2 kesian sangat sangat sangat.
ibarat kalau manusia,anak umur setahun d tinggal mak, camner?
ha! camtu la dia. bezanya kita x tau apa perasaan dia,apa dia cakap, apa2 la.

pastu abah bawa p klinik.
kene buh besi cam sontot ari la.
kos:RM250.00 aku x tau sape nak bayar.
tp kalau abah mintak duit aku bagi la sikit nanti.
 
kucing tu sekarang ada d klinik.operation sambung besi.
lagi 2 3 hari boleh balik.
 
 
ni anak2 si BU.korang boleh bayangkan x camner ruper kucing yang garang yang telah aku selamatkan?
cuber bayangkan apa jadi kalau aku x selamatkan anak kucing tu?


subhanallah.aku x boleh bayangkan.

arini aku balik keje aku x lalu kat tempat tu,
aku fobia.
kalau aku jumpa lelaki tu ntah apa plak aku maki dia.
mengurangkan pahala aku je.aku x tau le kucing tu ada mak @ adik2 yang lain ke x?
aku takuut bila aku lalu situ aku nampak mak dia,aku jatuh kesian pllak.dah nak kena balik bawak mak dia plak.
x  nak la lalu situ.sebal


cerita kedua
aku kena bayar ganti rugi!!
argh sumernye gara aku salah taip toning baju tu.
aish... nak apa aku pk masa buat tu.

kene tolak gaji la.

tp td kira2 bgan miss chan bayar rm20.00 je.tp aku rasa dia kira salah.
coz aku kira lagi sekali sepatutnya rm56.++
ah lantak la..bayar 20 je dah.
bukan salah aku.
salah dia yang kira.
kalau dia kata harga lain.. nanti aku fight!!
 
sebenarnye baju ni ada 2 kesalahan.
1.salah ejaan
2. warna x sekata
 
salah ejaan memang salah aku
warna x sekata tu,tanya supervisor printing dia cakap itu sebab toning bukan salah dia.lagi satu lain orang cat,lain hasil. what the hell? cam sial x jawapan. itu bukan jawapan itu alasan.
itu namanye supervisor nak lepas tangan.x guna.bodoh sombong.
sebab apa aku cakap camtu?
sebab: setiap kali ada masalah ngan toning,bila aku suh cakap ngan yk,dia x nak.dia kata yk tu yang bodoh x reti buat film.tp sebenarnya sape yang bodoh? yk memang x tau apa yang dia nak tp bila kita suh cakap apa yang dia nak, dia x nak cakap.dia kata yk patut tahu bila buat film.
hahahaha memng bangang supervisor ni.itula dia bodoh sombong bangang.
aku pun x tau nak cakp camner



waaaaccchhhaaaa


ini cik.dah besar kucing ni.kucing abah selamatkan.dia jumpacik ni tengah main tepi jalan kat manjung.x tau dia ada mak ke x? adik2 lain? ntah.abah kata dia main betul2 tepi jalan.nanti kena langgar? dah mati. abah pun kutip bawak balik.bela sampai besar gemuk camni.
dia ni manja tp penakut,nak dekat ngan org tp malu.bila jumpa iman,kelam kabut cari pintu nak keluar.kalau masa kecik tu,panjat tingkap nak masuk rumah.kalau kita nak belai dia,mmg x kan dapt.dia mesti lari.tp seklai dah dapat pegang dia memang manja.bulu punm lembut.pandai jaga diri.
suka menyendiri.

tengok! baik x kami penyelamat kucing.

cerita tiga

bateri hpS3 aku,leh plak dia kata x de stok.stok baru x sampai lagi.
bis tu apa aku nak gunakan hp aku tu? sialan tul??
 
gggggggggggggrrrrr
 
 
cerita empat
mak suh aku beli tv baru.
hah!
dia kata aku dah rosakkan tv dia.
hahahaha.
tv pertama tu dah memang rosak.ada garis2 halus bila kita tengok.
tp leh tengok lagi.
then satu hari tu tengah sedap2 aku tengok
plop!!!
gelap.
aku tekan2 x mau hidup.
ok fine..
innalillah.

dia bawak kuar tv kelabu,dah la siaran x cukup.
yang ada 2,3,7,9 itu pun macam tengok pasir terbang.
paham x camner?
alaaaaaaaaaaa yang biji2 tu.
pastu arini aku tengok tv 9 je.
aku nak tukar siaran lain.
hahaha
langsung x bleh tukar siaran.
dah la tv 9 tu pun cam hampeh..
tengok jela tv 9 tu.
last2 off tv.
malam ni x tengok tv.


sekian.

xoxo


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Sabtu, Oktober 26, 2013

malunye!!!!!

 
 
 
tadi balik dari keje kami p rumah org kawin.rumah moksu,anak sedara dia yang kawen.
tu yang diri sebelah aku kecik kenet je orgnye.. cam bdk 18tahun je..
hehehe segan plak aku ..
 
rumahnye kat lekir batu 14.
 
then aku pegi tumpang kete kak elly.klakor giler org nye...
kepala mmg giler2.
 
then masa nak turun dari keta bdk tudung kuning tu (aku x tau nama dia,tp dia bdk baru kat kilang)
tanya aku...
akak dah kawen brapa lama?
aaaa tenganga aku...
saya x kawen lagi.
ha tipu la..dorang kata dah kawen.
hehehe aku sengeh je.
kak elly kata ntah ye ntah x budak ni.. ko dah kawen kan..nak tipu plak.
nak tipu pe lak,mmg x kawen lagi la...


huhuhuh 
malu giler.budak yang tanya aku tu dah kawen tp x pat anak lagi.
aku rasa dia muda  dari aku.
huhuuhu x tau mana nak letak muka masa tu.
sabo je la...



aku pun sepanjang bersama dorang tersangat la malu... tp aku cover ngan mukaku yang comel ini.
bila dorang cakap sal kawen aku senyap je la...
kak nor pesan ko ezra ko kawin x jumput kitaorg siap ko.
 
bla..bla... bla...
 
tp
 
 
 
 
 
 
 
sampai sekarang aku masih rasa malu..
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
i'm very shy.
 
 
xoxo


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Jumaat, Oktober 25, 2013

hari ini befday mak.

 
 25.10.2013 = 54
harini befday mak yang ke 54.
alhamdulillah mak mak masih bersama aku sehingga kini.
terima kasih ya allah sebab memanjangkan umur mak sehingga sekarang.
 ya allah,kau panjangkanlah lagi umur mak sehingga hari terakhir dunia ini hidup agar aku sentiasa merasa keberadaannya walau dimana aku berada dan apa saja yang aku buat.
jauhkan dia dari kesengsaraan dan bahagiakan dia d dunia dan akhirat.
amin ya rabbal alamin

xtually aku nak bagi hadiah yang speacial sikit.tp bila aku pk mende tu mahal sikit.
aku ni pun kan kedekut sikit.
so aku pun beli kek, walaupun x tahan lama tp dapat di rasai semua isi rumah ini.
kira okla...

aku beli masa balik keje.
mmm... kek kat sini lebih mahal harganya dari d kuantan.d kuantan 1kg baru rm2+
tp kat sini baru dapat1/2kg je ngan harga camtu.tpppp....

1 puashati sebab decoration dia sangat sangat sangat menarik.sampai x tau nak pilih yg mana 1.
lastly aku pilih yang ini.
 
 cantikan!

packing pun cantik!



mula2 tu masa perjalanan balik, aku bertembung ngan mak & iman nak basikal.
aku cakap la sensorang.

alamak ! mak.nanti dia nampak kotak kek x surprise la...
aku pun tutp ngan sweater.
sempatla tegur dia tengah jalan.nak pegi mana? 
mak kata nak jenjalan la..

mmm... aku sampai kat rumah terus masukkan dalam peti ais.abah mesti dah tengok.aku wat dono je.
aku tunggu sampai kul 7.00malam.selalunya ini adalah time dia balik dari bersiar2 d waktu petang.
dan selalunya dia akan terus ke peti ais tuk minum air.tp arini dia x minum air plak.sebaliknya terus masuk bilik merehatkan diri.ok fine aku bior je la..lagi jadi suprise ni.
aku pun mandi.masa mandi aku dengar mak kuar dr blik dia.ingatkan dia teruskan ke dapur tuk minum air.lagi sekali dia terus duduk d tempat jahitannya.
wah! ini sudah bagus.rancangan aku memang menjadi.
dibantuan dengan iman yang begitu berjaya menjadi pelakon tambhan.
lepas solat aku pun terus ke dapur.

konon!!!

buat2 minum air. aku pun keluarkan kek dari kotak pegi melompat kepada mak.

tada!!!!

iman pun nyanyi dengan nadanya:

hepi befday to u
hepi befday to u
hepi befday to u
hepi befday to u

hahahahha
mak memang betul2 terkejut!
muka dia senyum sampai telinga.macam nak kuar air mata.tp x kuar pun..

"terima kasihla.ingat jugak korang.aku ingatkan x de sape yang ingat dah"

hehehehe


 tengok tu mak potong kek.x senonoh betul!

aku x ingat nama kek ni.dan aku mmg x penah nak ingt pun.
first sekali aku tanya pekerja kedai tu rasa apa?
dia cakap kopi.
ok saya nak ni.

senang kan aku membeli...

kek ni sedap..sangat sedap dan memang sedap!
kopi dia x terlalu rasa kopi tp ada rasa kopi.
krim dia x manis sangat x sampai x de rasa sangat..mmg ok bagi aku yang x makan manis ni.
strawberi dia sangat rangup dan segar.macam baru beli dr cameron highlands.
coklat pagar dia rasa pahit sikit,tp kalau d seimbangkan dengan kek ia adalah OK.


memang solute.

TERBAIK!!!

nanti boleh beli lagi.




sekian dulu cerita befday mak!!!!




xoxo


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Isnin, Oktober 21, 2013

menggilerrrrr

 
selamat hari raya aidiladha..
  heheehe dah seminggu berlalu.
x pe la... masihh dalam mood raya lagi kan..
kan
kan
kan

aku baru pas toolong mak menggoreng kuih siput@gunting.
dari jam 7.00mlm bawak ke9.00 malam baru habis semua gorengan.
abis rerambut aku + baju bau gorengan.
tp sedap. buat 2 kg nak menggengtel amik masa setengah hari.
goreng 2 jam.
tp bila makan!!!
2 jam boleh lesap.licin.

aish...
yang buat x ramai yg makan nanti ramai 
tu la dia...

ha.aritu kan dah g tau S43 dah pat.tp masalah sekarang bateri ngok ngek plak.
ada ke patut malam aku charge petang dah kiok.
dah nak main candy crush pun x lepas.ko tau..
bengang tul aku....inilah akibatnye membeli barangan clone.

huhuhu
pe leh buat...duit x bape nak ada.tp berangan tinggi.
tasty pun tinggi


tingggiiiiii melangit.
seb bek aku report la kat supplier tu. dia kata itu batery problem.
dia kata leh ganti.free op charge.
tp kene pulangkan batri sedia ada.
tula gunanya warantty kan..
bis tu kalo pulangkan camner aku nak pakai S3 aku tu???
huhuhu... rasa cam nak p beli bateri original je.. tp mesti mahal kan.
tp x sampai seratus kot.
 
 
erm..
pastu sekarang ni kan org tengah menggile menggunakan power bank tu kan....
erm... hati aku pun bergelonjak.. nak jugak..
aishh...
 
memang tinggi benor taste aku ni.
erm.. tengah +-bahagi darab...
x de jawapan lagi.
tengoklah bulan depan .
 
 
 
hehehe



nak layan coffee prince..

goo yong yang hensem!!!




xoxo


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Sabtu, Oktober 12, 2013

jakun

 
 
ehem ehem...
S3 i dah dapat.
erm rupenyer sim card dia kecik la plak.
bodoh betoi.
bis tu macam mana aku nak pakai ni?
nak kene potoong.
potong sendiri leh?
 
hehehe


jakun tul.





xoxo


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Ahad, Oktober 06, 2013

pk...pk...pk

 
 
ok
sekarang ni aku masih berkira2 nak beli ke x?
aku rasa nak beli samsung S3.
clone je...
x mampu la nak belii yg ory.
agak2 salah x beli yang clone?
alah tibai je la
bukan org tau pun.
hahaha.
tapi
korang kan dah tau.
huhuu
kantoi.
 
mak pulak dapat cabutan bertuah bsn.
dapat SAMSUNG GALAXY TAB 10 lagi kau.
wah.
giler besar.
ingatkan nak kenen yg mak punye je.so aku x yah beli.
hehehe
sekali kene sound.
terus kiok
merajuk.
 
xpela aku beli sendiri je.
 
ting tong ting tong.
nak beli ke x beli ke x beli
 
mmm
 
pk
 
 
pk
 
 
pk
 
 
pk






xoxo


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Khamis, Oktober 03, 2013

NOTE ll V7

 
 
ok!
 
sekarang ni aku tengah  menggila nak beli S4.
then mahal plak..
x mampu plak aku.
 
so 
 
cadangan beli yang clone.
murah skit.
 
mmmm...
sekarang ni tengah belek2 
https://www.facebook.com/pages/Samsung-Note-ll-Korea-Clone/138031046365259 
 
so aku bekenan
 
SAMSUNG NOTE ll V7

X la mahal sangat. mengikut kemampuan aku.
dan hati aku sudah bergelonjak (gelodak+melonjak)


nak beli!!!!!








jangan sampai mimpi dah le....
leleh air liuq..

hehehe





xoxo


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Isnin, September 30, 2013

xoxo

 
 
hari ini adalah hari terakhir untuk bulan september 2013.
dan tiada ulangan cetak lagi.
 
semoga hari mendatang adalah saat yang paling indah dalam hidupku.
 
 
 
dan
 
 
 
 
 
cepat2 temu jodoh.
 
 
 
 
 
wahahaha
 
 
 
 
xoxo


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Ahad, September 29, 2013

jimat jimat

 
Selamat hari ahad.
ermmm... arini korang nak g mana?
aku bercadang...
 
 
 
 
arini...
 
 
 
 
 
nak bawa mak pergi kedai jimat2.
 
 
 
 
 
bior dia berjimat kat kedai tu.
hehhee
 
sebenarnya dia nak borong pinggan kat  kedai tu.
aku pun heran mak ni.. pinggan dia punyalah banyak kat dalam almari tu. nak beli banyak2 lagi nak buat apa.?
bila aku tanya dia cakap nanti senang nak kenduri.
kenduri? 
mendenye?
sepanjang duk kat sini satu je kenduri penah buat.
pastu mana ada lagi?
 
yang kaca kaca la..
nak beli pinggan plastik plak.
senang katanya.. xde gaduh pecah.
x de gaduh nak pinjam2 pinggan rumah org.
huish...
org tua.
org dalam rumah ni pun bukannye banyk mana pun!
kucing lagi banyak dari tuannye .
adalah.
 
pingan2 mak yang dah borong dari duduk d kuantan lagi lagi ngumpulnye..
kalau dulu x cukup ruang,simpan je la bawah katil.
sekarang pun masih x cukup ruang katanya.

masya allah.
aku? > geleng kepala, mata ke atas<




yang aku geram kan tu..
dia beli pinggan cam aku ni bawak lori plak.
abis dia nak borong.
x sedar ke mak oiiiii
aku ni bawa motor.
beli banyak2 nak letak mana?

isk...








xoxo


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Ahad, September 22, 2013

perjalanan 1 malaysia

 
 
 
alhamdulillah
 
tamat sudah kerja d persada.
tengok!
licin barang kami kemas.
sungguh efisen govin + ah seng + bos + aku = 1malaysia mengemas barang.
sehingga x de sekecil zarah kami tinggalkan kecuali 
 
sampah !
 
tepat jam 6 petang kami keluar dari kawasan persada.
 
arini aku dah berada d rumah.
semalam jam 1 pagi sudah sampai.
punyala pecut pilot bernama ahseng.
sakit badan2 aku melompat2.
kepala pun ting tong.
sepanjang perjalanan kami melalui police block.
 
banyak jugak adalah dekat 5 tempat.
errrmmm...
aku bila tengok abg trafik ni mula kepala berangankan abang pedas.
tp banyak2 abang trafik x de yang dapat menendingi kehebatan aura abang pedas.
uh!
tengok!
betapa pengaruhnya aura dia.walaupun hanya dalam sebuah novel.
membuatkan aku gileeeerrrrr!!!!
 
semua abang trafik tu x hensem dan x gagah lagi mantap.
so sad!

banyak kali kereta kita di suluh.tp bila tengok 1 malaysia..semuanya bagi jalan.
huhuh
ah seng begitu bangga dengan geng 1 malaysianya.
kat mana kita benti mesti dia mengutarakan 1 malaysianya.
kat R&R, restoran mamak, kena tahan ngan abg trafik


layankan aje la...


sampai rumah.

mandi + solat




zzzzzzz



xoxo
 


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Khamis, September 19, 2013

dari tingkat 19

 
wah!! saya sekarang berada d sempadan singapura.
menjenguk singapura dari tingkat 19.
walaupun jasad berada d malaysia namun mata saya sudah sampai singapore.


dan sekarang saya sedang menonton tv siaran singapore.
siaran suria... sinar bersama anda
wah wah wah
huhuhuh.boleh tahan jugak jb.aku x rasa aku d jb,rasa macam d kl je.tengok kepesatan bandarnya.
 
wah!!
this is my first time here!!
 
walaupun selalu berulang alik ke johor, tp x jb.
1 "kepelikan" di sini...
semua kedai moto buka sampai 12.00 tengh malam.
ntah2 ada yang 24jam.
wah! pasti ada syif.
ish ish ish
sungguh x sangka.
 
oh projek di persada berjalan lancar. x best. cause x  ramai org pun.
 
bosan.
 
tengok betapa x de orangnye...
ish ish ish sabo je la...


kami bergerak dalam kumpulan
kami?
ah seng , govin ,aku, candran(first day n last day) bos (kadang2) ezy & bf (kadang2 tp selalunye x)
kami namakan 1 malaysia group. ada melayu cina dan india.
ha... ingat ke nak tubuhkan kumpulan macam kami ni?
x de kan..
 
aku perasan jugak eh! kenapa ada sorang pompuan melayu mengikut lelaki cina dan india?
oh tuhan.
maafkan saya,saya x de pilihan.
terpaksa ikut.
selepas makan  kami ke 1 shopping kompleks.tp aku x ingat apa namanya..'
ish time ni la jadi pelupa.
 
jalan
 
 jalan
 
jalan
 
then kita pg 1 kedai aksesori. ada 1 skaf yang ada telinga rabbit.
aku try la tekan butang.ada kuar lampu 
 
lip 
 
lap 
 
lip 
 
lap
 
then aku cakap kat ah seng
"ha.. belilah ni bagi kat anak u"
"mmmm ok jugak."sambil tangan dia belek2 skaf tu.
then dia cakap
"x de keluar bunyi la"
aku belek la skaf tu lagi. bunyi? ada bunyi ke?  mmg x de bunyi kan?
"mmg x de bunyi la" 

"adala.cube u tekan suiz dia"
aku pun tekan
"kekekekeke"
sengal!!!!
bunyi dari mulut dia.
aku bantai ketawa besar kat situ.
then kami jalan lagi
 
jalan
 
jalan
 
 jalan
 
jalan
 
sampai hotel.
 
then kami buat gila.
naik lif dari 1 tingkat ke satu tingkat.
hehehe.
memang gila ikut kepala ah seng.
not bad sekurangnya kami tau apa yang ada kat bangunan ni.
dan CCTV sedang merakam pergerakan kami!
watch out!!
kami naik sampai tingkat 5 je then terus naik ke 19.
masuk bilik
rehat
dan ketika ini perut saya sangat buncit setelah makan nasi goreng kampung yg sangat banyak dan sedap lagi.kredit untuk abg tukang masak yang hensem tu.hehehe
brruuup.
alhamdulillah.
k la. nak tenang kan perut yang sedang bergelora.
xoxo


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Isnin, September 16, 2013

work travel

 
 

OK, I'm ready to go...

go where??
JB
Y?
Work
With who?
Opismate
With what?
Car
How Long?
1 week... maybe
Is't fun?
i dono.i hope so.but...

kerja sampai pengsan




xoxo
 


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

round tour d KK

 
uit... minggu ni cuti 2 hari.esok semperna hari malaysia.
hari ni kitaorg dah rounder KK.
KK? Juahnyee... sempat plak balik ari ni tu..
hehehe x la.KK for Kole kangsor.
 
 
bukti kami ke KK.hehehe
kami mendapat undangan dari bapa mertua Isram .
Sesupu c emy tu side dia menyambut menantu.
 
 
 pelaminnye warna biru laut.abiis semua segerombolan ahli keluarga wearing biru laut colour.
siap pengantinnye sekali.tp aku x amik gambar pengantinnye... nape ntah..
aku pun x tergerak nak snap gambar depa. sebab aku x puas hati ngan viel pengantin pompuan. x cantik langsung.ikhlas dari hati aku.x de sorok2.
cantik lagi tudung yang aku buatt.
bangganye diri.kikkikiki
Tapi  aku suka budak2 kompang dia.hensem hensem...
cuci mata aku kejap.tp macam budak2 sekolah je...
x pe la.. boleh la...
nyanyi lagi pun boleh tahan..
takat yang aku tau
depa nyanyi lagu selamat pengantin baru, Oh fatimah pun ada..
hebat depa ni!

 aku pun tumpang sekalilah bergambar...rasanya aku dah lama x mik gambar posing ala sopan..
tp mmg dah lama x amik gambar la..
nampak kurus x?
hehehe membanggakan!
sebenarnya aku x tau nak pakai baju apa.
baju aku memangla banyak tp aku dah rasa bosan dengan baju kurung yang selalu pakai.recycle je.
baju kurung ni memang recycle.tp baju 5 tahun lepas.baju masa study dulu.x sangka masih muat.
dan aku suka baju ni,sebab kainnye sejuk bila d  pakai.
so cooooooolllll!!!!


Kitaorang lepak2 dulu sementara tunggu pengantin datang.
awal dorang bersanding. tepat kol 1.00 tengahari.
  bila lagu kompang dah bis...kami pun balik.



tunggu
x abis lagi







kami singgah d PEKAN KK.
tempat beli pasu.
meninjau2.masa bulan 6 yang lepas, mak dah shopping sakan pasu.so kali ni nakcuci mata je la.
pastu maka kata cu pesan kalau ke kk lagi belikan dia pasu.so tinjau2.
jumpala pasu ni..
 
 
dah tu, x tau plak mana nak pilih...
call cu mms gambaq kat dia,dia kata x pat gambaq plak..
last2 amik yang last sekali tu.
RM60.00 tunaiiiii.

pastu jalanla... konon nak balik dah la...
sekali mak ude datang
"weh kome! jom le kita naik bot persiaran"

sambil mendengar pakcik memakai loud speaker berkata :
"mari2 naik bot persiaran.Dewasa 6 ringgit,kanak2 4 ringgit.
journey selama 30minit.dapat lihat masjid kk + istana sultan azlan shah"

kami pun gedik2 la nak naik.
 
Jaket keselamatan itu penting!!!


apa aje la  mak ude tu...sampai muke camtu.mak teruja!!

masing2 teruja!
peace!

Mok nye pakai jaket ni...

Jambatan Sultan Abdul Jalil.Ok sungai yang kamu susuri ini adalah sungai kangso.Kangso itu maknenye kurang satu.Jadi ini adalah sungai yang ke 99 dalam malaysia.apa lagi ek driver bot tu cakap.aku pun lupe.hehehe

Ini adalah mesin penyedut pasir.Kiranya orh2 yang nak buat bangunan sedut pasir d sini la... namun ianya tidak beroperrasi sudah.tp kata driver bot itu,ia mungkin di operasikan semula memandangkan pasir daratan dah kekurangan.


Nampak x rumah dua tingkat tu? Ha itu adalah rumah asal untuk pemerintah2 negri Perak.Dikatakan rumah itu semasa pembinaannya 99% tanpa paku dan kayu asli.Ianya masih kukuh sehingga sekarang dan di jadikan homestay.kalo dulu d gunakan tuk org yang berpangkat sebagai tempat kediaman.


nampak x apa gambar yang aku cuber amik? hahaha nampak mimbar sahaja.

Ini Kellie Castle KK.Rumah ni macam x siap.Tp ada org duduk.X taulah kenapa ia d bina sebegini.Kata driver bot mungkin ini adalah hasil seni mereka yang membina.


Sepanjang penyusuran kami dapa lihat masjid KK, Istana dan berakhir d Kampung Lembu.
Kampung Lembu???? nape x voggue pun nama? Driver bot kata sebab banyak lembu2 beristirehat,mandi kat situ? Iman tanya mana datang nye?
Dibela oleh penduduk kampung.

Then, balik ke jeti.
tamat pengembaraan.
Pakcik promote tanya :

"Seronok naik?"
"Seronok"
"ada bau air? busuk ke x?"
Kami sengih2 busuk
"Kalau naik persiaran d putrajaya,ramai yang kata airnye busuk.Sebab ape busuk? sebab air putrajaya tu bukan air asli.air lembah beracun daripenduduk pytrajaya tu aje.recycle sebab tu busuk.ada bau bacin."
hah!! betoi ke?

kami ketawa berdekah2.

then m.ude ajak makan.
laksa + cendol +mee kari yang langsung x sedap.
harap mahal.
apa punyer servis...
tui!!
nak marah ramai customer.
senyap udah.


then kami ke Taman Botani,Parit.
Jumpa Tok Long Nuri, dia datang sini sebab nak amik baranga anak dia yang dah habis belajar kat UTP.
Deme borak tepi jalan je sebab, dah lewat.lagipun nak pegi rumah org.cam x best nak borak panjang.
setelah abis berborak,kami pun balik.




penat 
zzzzzz






xoxo



 


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Sabtu, September 14, 2013

namaku e.z.r.a

 
Selamat pagi!!
12 minit di hari Sabtu.
wargh!! ngantuk giler + rasa nak muntah aku mengadap laptop ni..
apa la yang ko ngadap laptop sampei pepagi  ni ezra oiiii..
 
 
sengal!!

I'M PROUD WITH MY NAME!!!
yuhu!!
 
pepagi hari aku dah jerit cam tu kat k.rehan.
kenapa?
ala saja...
 
mulanya aku nak order tshirt ngan kilang.then aku cakap la aku nak tulis nama kat lengan baju.aku nak tulis nama besar.dia tanya : ko nak buat apa tulis nama?
aku pun sengih2 sambil cakap :
my name is ezra and i'm proud with my name 
and that's y i want put it.
 k.rehan buat muka poyo.
 
 
petang:
ada seorg cikgu datang.sebelum tu dia ada call.nak tengok design mug dia dah siap ke blum.
aku cakap dah.then dia tanya nama aku?
aku katala ezra.
apa? azira? azela?azera?
aku dah sengih2.memang susah nak sebut nama aku ni kalau x betol2.
boleh tergeliat lidah. there are seten people can sebut it very well.
 
then dia datang.
tanya sekali lagi nama aku.
apa nama adik?
E.Z.R.A
siap eja satu satu
oh ezra.ok dia sebut dengan excelent nye.
 
oh! very nice.cantik nama tu.
and very strangers...pelik!

yeh!!
itu baru nama depan je. kalau d sebutkan nama penuhnye.
lagi berbelit lidah kome.
hati2 dengan bakal penganntin lelaki.
kome kene buat latihan lidah supaya x salah sebut namaku.
 
and kredit for mak n abah.
kerana mencari nama yang amat pelik lagi mengangumkan.
tp aku sendiri pun x tau apa makna nye.
 
kalau di ikut bahasa arab-pencabut nyawa
kalau bahasa cina- penarik (penarik apa aku pun x tau la)
 
tp mak kata nama aku memang diambil semperna nama malaikat IZRAIL
gerun x?
hehehe(ketawa keluar taring) 
adakah aku ini pencabut dan penarik?
 
 
 
 
 
 
 
mari kita tidur.
zzzzzz
 
 
 
xoxo


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih