Isnin, Julai 05, 2010

tetibe rasa rindu...

tetiber rasa rindu...
rindu kat budak2 kecik kat kampung la....
manja,aina,umeyah...
waaa...
aku dah rindu budak2 kecik ni... apakah tanda?
hehehe brangan la...


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

CHECKLIST BAJET PERKAHWINAN PENGANTIN PEREMPUAN

pelamin anganku d awangan lagi!!!

Seperti pengantin lelaki, pengantin perempuan juga perlu berhati – hati dalam membuat persiapan perkahwinan terutamanya dari segi kewangan. Perbelanjaan yang berlebihan akan mengakibatkan penyesalan di kemudian hari. Justeru, gunakan senarai semak dibawah bagi memastikan anda dapat mengawal bajet perkahwinan anda dengan bijak!!

BIL PERKARA BAJET (RM)

1 Yuran kursus pra perkahwinan
2 Cincin tunang
3 Cincin kahwin
4 Barang kemas
5 Wang mas kahwin
6 Wang upah kadi
7 Kad jemputan kahwin
8 Setem untuk pos kad jemputan
9 Wang hantaran
10 Sirih junjung
11 Kain ela
12 Baju kurung
13 Telekung & Sejadah
14 Senaskah Al – Quran
15 Beg tangan
16 Kasut
17 Jam tangan
18 Set penjagaan badan
19 Set alat solek
20 Kek
21 Buah-buahan
22 Coklat
23 Potpurri
24 Gubahan barang hantaran termasuk upah
25 Hiasan bilik tidur
26 Pelamin
27 Bunga telur
28 Bunga pahar
29 Gambar & upah jurugambar
30 Sewa kanopy termasuk alas meja dan upah pekerja
31 Set meja pengantin termasuk alas meja dan bunga
32 Set makan beradap
33 Penanggah
34 Katering
35 Upah kumpulan kompang
36 Upah DJ
37 Kos perjalanan rombongan pergi dan balik
38 Kos tempat penginapan
39 Cenderahati untuk saudara dan sahabat
40 Upah juruandam

Jumlah keseluruhan : RM ___________________

banyaknyer barang ?
bior benor...


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Jumaat, Julai 02, 2010

moral of da story ?

Assalammualaikum Ezra

Apa khabar? Semoga Ezra berada di dalam keadaan yang sihat dan gembira. Kekasih hati apa khabar?.. sihat? :-)
Takde kekasih? isk!isk!.. takkan takde.... tak caya la.... :)

Takperla.. kalo takde... insyallah esok lusa adalah nanti.. orang kata, kalau dah jodoh tak kemana... tapi kalo dah ada.. jagalah baik2.. jangan sampai di kebas orang.. kalau tak nak dikebas orang.. percepatkanlah ijab & kabul tu... insyalah bahagia hingga ke akhir hayat.. :)

Tak bersedia?.. kenapa?... tak cukup duit?...

Duit sebenarnya bukan satu masalah besar... kalau tak percaya... boleh dapatkan buku "Maskahwin Yang Hilang" di www.maskahwin.com

Kalau tak silap, Ezra dah dapatkan sample buku tu beberapa hari yang lepas kan?. Harap, Ezra gembira dan seronok membacanya.

Jika anda masih belum mendapatkan sample tersebut, anda boleh muat turun sample tersebut di URL berikut : http://www.maskahwin.com/sample.pdf

Okla... sebenarnya, tujuan saya mengirimkan email ini adalah untuk berkongsi dengan Ezra tentang tips2 serta ilmu2 mengenai alam rumahtangga. Maklumlah... tak lama lagi nak berumahtangga kan? So.. kenalah belajar skit2 dari sekarang...

Oklah, untuk kali ini, saya nak kongsi dengan Ezra satu cerita. Harap Ezra sudi membacanya.

==============

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?
pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...
maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......

tamat....

==============
Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih

Khamis, Julai 01, 2010

kekasih awal dan akhir

Kekasih Awal Dan Akhir

Malam menanti siang
Siang menanti malam
Bagai berkurun lamanya
Masa memisahkan kita
Hingga terlupa
Pada paras lupa
Malam mencari mimpi
Siang mencari erti
Tersingkap seribu makna
Terucap seribu kata
Terlepaslah... rahsia
( korus )
Sekian lama terpisah
Akhirnya bertemu
Mengenang dosa
Mengenang rindu
Dan ternyatalah
Cintaku yang satu...
oh oh...
Kau kekasih awal dan akhir
Kau kekasih zahir dan batin
Setelah ku sedari
Cintamu yang abadi
Takku harap takku peduli
Walau bulan jatuh kebumi
Dan hadir bidadari
Tak kumimpikan lagi
Kerana kau lebih mengerti
( ulang korus hingga akhir)
Kerana kau lebih mengerti

kenapa la fairos omar tu suka sangat lagu ni...
bila aku hayati lagi rupernyer ada persamaan...
ade ke?
yakin ker aku yang awal dan terakhir?


sekian dahulu ez mengarut.merepek.meraban.terima kasih